kementerian

PERATURAN - PERATURAN KEWANGAN

  1. Permohonan untuk kelulusan Pengerusi/Timbalan Pengarah (SA) hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat dalam satu (1) salinan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum peruntukan perlu digunakan.

  2. Permohonan asnaf miskin adalah melalui borang khas yang perlu dikemukakan kepada pengawai kebajikan yang telah dilantik.

  3. Sila lampirkan dokumen sokongan seperti berikut:
    1. Kertas Cadangan Aktiviti Kerohanian (asnaf fisabilillah/asnaf amil).
    2. Salinan gambar (asnaf gharimin).
    3. Surat permohonan/surat jemputan(asnaf gharimin/asnaf fisabilillah,asnaf amil).
    4. Salinan Resit (asnaf amil).
    5. Dokumen lain yang berkaitan.

  4. Jumlah maksimun peruntukkan yang diberikan adalah tertakluk kepada keputusan terkini Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat atau keperluan semasa yang tidak bercanggah dengan garis penduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIPk).

  5. Pembayaran akan dibuat terus kepada pemohon atau penganjur program.

  6. Lebihan peruntukkan yang dibelanjakan hendaklah dipulangkan kepada jawatankuasa ini bagi memastikan baki tersebut dibelanjakan mengikut syarat-syarat asnaf yang ditetapkan.

  7. Aktiviti yang menggunakan peruntukkan ini perlu mempamerkan logo dan meletakkan nama Tabung Amanah Zakat PUO dalam setiap hebahan yang dibuat.

  8. Jawatankuasa ini berhak menarik balik kelulusan yang telah diberikan sekiranya pemohon/penganjur didapati tidak menepati syarat-syarat asnaf yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(MAIPk).