UTAMA KALKULATOR

kementerian kementerian

Sistem e-Zakat PUO

SILA BACA MAKLUMAT DIBAWAH DENGAN TELITI SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pengenalan

Bermula sesi Jun 2019, Unit Zakat & Wakaf (UZWA) memperkenalkan kaedah permohonan zakat secara atas talian yang dikenali sebagai Sistem e-Zakat. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan urusan-urusan berkaitan permohonan bantuan zakat di Politeknik Ungku Omar.

Melalui sistem ini, para pelajar boleh membuat:

 - Permohonan Bantuan Zakat (Bantuan Sara Hidup).
 - Permohonan Peruntukkan Asnaf Lain (Hanya untuk kes-kes KECEMASAN).
 - Kiraan kelayakkan permohonan zakat dengan menggunakan Kalkulator Penerima Zakat.
 - Semakan status layak temuduga.
 - Semakan keputusan temuduga.

Sistem ini menyediakan kemudahan kepada staf UZWA seperti:

 - Pengurusan permohonan asnaf.
 - Proses temuduga asnaf.
 - Penyediaan senarai pendek calon penerima zakat.
 - Permohonan peruntukkan asnaf


DOKUMEN SOKONGAN DI BAWAH INI PERLU DILENGKAPKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM ANDA MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pastikan dokumen-dokumen berikut DISAHKAN :-


a) Kad pengenalan.
b) Kad pelajar.
c) Penyata gaji / Surat pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga atau penyata pencen
    bagi pesara.
d) Slip bank bayaran yuran pengajian / Slip Pendaftaran Politeknik semester semasa.
e) Surat Perakuan Kematian / Surat Cerai / Surat Doktor / Kad OKU (bagi yang berkenaan).
f) Slip pendaftaran kursus (bagi pelajar semester 7 ke atas).
g) Muka hadapan buku / penyata akaun bank pemohon.
h) Resit pembelian alat telekomunikasi pada tahun semasa(Sekiranya ada).
i) WAJIB sertakan bahagian pengesahan pelajar, pendapatan ibubapa & ketua kampung.
    Klik link ini untuk muat turun bahagian pengesahan. Klik sini

** Sila satukan(compile) dokumen(a-i) di dalam satu PDF sahaja sebelum muat
     naik.

** Sila namakan fail dengan Nombor Pendaftaran Pelajar
     (contoh : 01DDT10F1001.pdf).


Setelah selesai, barulah anda boleh mengisi borang permohonan.

SYARAT AM PENERIMAAN BANTUAN ZAKAT(Skim Bantuan Sara Hidup)

1) Pemohon mestilah beragama Islam.
2) Pemohon juga mestilah merupakan pelajar PUO.
3) Pemohon adalah dari kalangan keluarga yang kurang kemampuan(miskin).
4) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Politeknik.